Pergi ke kandungan

Md Nasir Hashim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ir.

Md Nasir Hashim

Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
27 Ogos 2021 – 26 Ogos 2024
PenggalKedua
Dalam jawatan
27 Ogos 2018 – 26 Ogos 2021
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Ketua
Badan Pimpinan Negeri
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Johor
Dalam jawatan
2018–2022
Digantikan olehMohd Solihan Badri
Butiran peribadi
Parti politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia
PekerjaanAhli politik

Ir. Md Nasir Hashim ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara (Senator) selama dua penggal (2018-2021 dan 2021-2024).[1]

Beliau telah dilantik sebagai Senator dalam Dewan Negara Malaysia pada 27 Ogos 2018 lalu.[2] Selain daripada itu, beliau juga adalah Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Negeri Johor.[3]

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 (PRU-14) beliau bertanding di parlimen Mersing namun tewas kepada penyandang daripada BN-UMNO YB Abdul Latiff Ahmad yang kemudiannya menyertai BERSATU.