Boeing Bird of Prey
Bird of Prey merupakan sebuah pesawat hasil daripada projek rahsia, yang bertujuan untuk menguji teknologi halimunan yang dibangunkan oleh McDonnell Douglas. Dibiayai dengan menggunakan dana syarikat sebanyak AS$67 juta, ia merupakan sebuah program yang berkos rendah (dibandingkan dengan program lain pada skala yang sama), bagi membangunkan teknologi dan bahan yang kemudian akan digunakan pada X-45 UCAV. Oleh kerana projek ini merupakan usaha sendiri, pesawat ini tidak diberi designasi pesawat-X.
Bird of Prey | |
---|---|
Peranan | Pesawat ujian halimunan |
Pengeluar | Boeing |
Penerbangan sulung | 1996 |
Dihentikan | 1999 |
Status | Pesawat eksperimen |
Jumlah dibina | 1 |
Sehingga kini, tiada rancangan untuk mengeluarkan pesawat ini. Ia dikategorikan sebagai pesawat penunjuk teknologi.
Spesifikasi
suntingCiri umum
- Anak kapal: 1
- Panjang: Kira-kira 47 kaki 0 in (14.30 m)
- Rentang sayap: Kira-kira 23 kaki 0 in (7.00 m)
- Tinggi: ()
- Berat berlepas maksimum: 7,380 lb (3,350 kg)
Prestasi
- Kelajuan maksimum: 260 knot (482 km/j)
- Lelangit khidmat 20,000 kaki (6,100 m)
Rujukan
suntingPautan luar
sunting- "Boeing Unveils Bird of Prey Stealth Technology Demonstrator," Boeing press release.
- "Now you see it, now you won't: Boeing lifts the veil on stealthy Bird of Prey" Diarkibkan 2008-12-04 di Wayback Machine, Jane's International Defence Review article mentioning Bird of Prey's daylight stealth capability
- GlobalSecurity.org
Lihat juga
suntingPembangunan berkaitan
Pesawat setanding