Buku ni akan nampak lebih indah jika turut disisipkan ‘contengan’ Hlovate yang ada di dinding mukabukunya.
Walaupun Contengan Jalanan yang mendominasi tintanya kali ini, aku suka. Mungkin sebab aku suka si Fend dan K2..arghh rindu pada Chad. Tapi tak mengapa, sisipan kata-kata motivasi dalam tiap novel sebelum ini sudah memadai.
Sudah cukup untuk kita berhenti melangkah dan berfikir sejenak. Tarik nafas. Apa yang aku dah lakukan selama ini? Apa sudah cukup baguskah sebagai hamba?
Senyum. Kita akan sentiasa ada ruang dan peluang untuk memperbaiki diri. Ya, selagi nyawa yang dipinjam tidak diragut pergi. Selagi kita bernafas di muka bumi... bersyukurlah dengan apa saja yang Tuhan pinjamkan pada kita.
Alhamdulillah. Cermin-cermin diri sendiri. Semua manusia pernah buat silap. Semua. Pernah.
Isinya sangat memuaskan hati . 5 bintang untuk itu, bukan semua novel Hlovate yang pernah saya baca, saya miliki dalam koleksi; jadi saya harap buku ini tebal lagi daripada ini. Saya seorang yang tamak~~~Ya, saya mengaku. Saya tak pernah puas dengan yang nipis.
Mungkin boleh buat setebal separuh kamus? - campur semua quote yang pernah Hlovate buat dlm laman sosial
Rasa puas hati sebab jumpa Hlovatinta yang dcari2 sampai saya beli 3 sekaligus~~2 lagi nak hadiah kat orang. Baik hati la sangat kan.
*saya takla baik hati sangatttt~~ :p jadi saya kasi 2 bintang je sebab nipis. Jahat kan....kuang3x.
Dugaanya nak dapatkan himpunan coretan tinta Hlovate daripada karya-karya beliau sebelum ni. Kena beratur hampir 1 jam dalam keadaan sesak dengan manusia yang majoriti peminat Hlovate di booth Jemari Seni di Pbakl 2013 pada 27 April 2013 iaitu kunjungan kedua KakChik ke pesta buku terbesar di Malaysia.
Himpunan coretan yang ringkas dan mudah untuk dihadam dan akan mengingatkan kita pada karya-karya beliau sebelum ni. Walaupun nampak simple dengan kulit warna biru dan dengan saiz yang comel, ada makna besar yang dapat dikutip daripada titipan penulis ini.
Yang KakChik perasan, banyak coretan dari Contengan Jalanan yang mendominasi buku mini ini.
Owhhhhh....Anthem sedang menanti, diharap akan berbaloi dengan segala usaha yang dikerah untuk mendapatkan karya terbaru dari Hlovate.
mula-mula aku ingat buku comel ni kompilasi quotes hlovate dari facebook. rupanya kompilasi dari buku2 yang telah terbit. ringkas saja buku ni aku baru baca tadi dan tak sampai sejam dah habis mungkin hanya setengah jam? aku rasa buku ni pun boleh buat notebook dan bawa ke mana2. simple. walaupun aku sebenarnya harap more quotes than this. tapi tak apa. still something nice untuk dimilki.
Himpunan kata-kata dari buku-buku hlovate. Nothing much. Unless you are Hlovate fans that want to collect all Hlovate's book, it is unnecessary to have this.
petikan kata kata motivasi yang dlm maknanya. Mengajak kita meneruskan hidup dlm redha Allah.
Page kanan saja ada frame berisi kata kata motivasi. Sesetengah page kiri ada frame tapi kosong, so boleh lah kita fill in the blank frames dengan kata kata motivasi yg boleh kita petik sendiri dari novel novel hlovate ;)
Membaca petikan kata-kata motivasi Hlovate yang dikompilasikan sedikit sebanyak dapat memapah semangat terutama ketika rasa mengalah mula bermaharajalela. Cubalah. Siapa tahu buku kecil ini bakal mengubah pandangan ketika akal hanya terfikir mahu putus asa. Harapan yang membuatkan manusia untuk teruskan sesuatu.
Hehe...buku yang dicari untuk mencukupkan bacaan ke 100 bagi tahun 2013...
Sejujurnya saya kurang berpuas hati dengan kandungan buku ni...nak banyak lagi kot. Sebab rasanya ada lagi kata2 Hlovate yang menusuk jiwa (saya) tapi tak terpilih untuk dimasukkan ke dalam buku ini. Tu la sebabnya walaupun dah boleh kata beberapa kali buka tutup buku kecil ni saya tak berasa teringin pun nak masukkan dalam senarai buku yang dah dibaca.
Tapi...bila saya short satu buku untuk cukupkan 100, hehehe...inilah penyelamat saya...
Satu buku kecil molek yang penuh dengan kata-kata hikmah, motivasi & inspirasi dari Hlovate buat semua. Yang menarik tentang buku ini adalah hampir separuh kata-kata itu semua datang dari novel Contengan Jalanan.
Buku kecil ini sangat simple. Himpunan kata kata daripada novel novel tulisan Hlovate yang mudah di cerna. Boleh di habiskan bacaannya dengan sekali hadap - melainkan ko sedang mengantuk - boleh mengundang tidur kerana ini bukan kisah cerita berplot.
Tak puas baca quotes dia sebab macam sikit sangat je. Hiks. Mostly semua quotes in Malay, padahal banyak lagi quotes in English dalam buku2 hlovate yang awesome tapi tak dimasukkan dalam tinta nie. Buku nie sesuai untuk bagi dekat orang yg malas baca buku (esp macam adik aku) untuk baca. Hahahaha. Tapi kalau heavy reader macam aku, tak puas baca buku not too wordy nie. Hiks.
Great as it compiled quotes from Hlovate's book. It's like a quick walk down a memory lane. But I wonder why it doesn't have quote from aA+bB and Versus?
I love collecting quotes and Hlovate's are simply one of my favorites. Tak payah bunga-bunga sangat, cukup asal mesejnya sampai, resap dalam jiwa ni, inspiring people especially, the lacking me.